BURSARY
"Providing the best financial services"


.

BERITA                                                                                          Icon Facebook    twitter baru  
ump perpustakaan 2015 2red home icon    KELAB  /  GALERI   /  ARKIB NEGARA 


TERKINI

21HB JULAI 2017 / 27 SYAWAL 1438H (JUMAAT)

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN BENDAHARI

Kelab Kebajikan & Sukan Staf (KASTURI) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 pada 21hb Julai 2017 bersamaan 27 Syawal 1438H bertempat Jabatan Bendahari, Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan.

Sebelum itu, pada sesi pagi, Program Tazkirah Bulanan Dan Majlis Sambutan Hari Lahir Staf Jabatan Bendahari telah diadakan di Dewan Banquet Canseleri Tun Abdul Razak dengan menjemput Al Fadhil Ustaz Muhammad Sallehudin Bin Md Derus dari Pusat Islam Dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang.

Kepada tetamu yang hadir kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua memeriahkan majlis ini.

   Tetamu Bendahari berucap

   Lagi gambar

Oleh   : Admin
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KHAMIS,22HB JUN 2017/27 RAMADAN 1438H 
PROGRAM IHYA RAMADHAN JABATAN BENDAHARI 1438H/2017

 

                                                              IMG 20170529 WA0000

                                                                                                                                                                                                        Lagi gambar ......

Bersempena bulan Ramadan,Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Pahang (UMP)  telah mengadakan Program Ihya Ramadan 1438H/2017  yang telah berlangsung bermula dari 29hb Mei sehingga 22hb Jun 2017 / 03 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1438H. Program Ihya Ramadan merupakan program berterusan Jabatan Bendahari yang dilaksanakan pada setiap tahun sebagai pengisian aktiviti Jabatan disepanjang bulan Ramadan. Program sebegini diadakan sebagai menjalinkan hubungan dan ikatan ukhuwah sesama staf disamping program tazkirah sebagai pengisian rohaniah. Antara penceramah jemputan adalah Al Fadhil Ustaz Mohd Fadzli bin Ishak daripada Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Al Fadhil Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah daripada Jabatan Agama Islam Pahang Pekan dan Al Fadhil Ustaz Dr.Mohamad Hilmi bin Mat Said daripada Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan,Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Selain itu Jabatan Bendahari juga membudayakan setiap tahun melalui program Ihya Ramadan, upacara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, dengan cara ini selain dapat menimbulkan suasana kasih sayang ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik sesama warga Jabatan Bendahari. 

Encik Zainudin bin Othman, Bendahari/ketua Pegawai Kewangan, Universiti Malaysia Pahang  dalam ucapan ringkasnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Encik Ahmad Fauzi bin Mohamed Shah (Pegawai Kewangan Kanan) dan team  atas kejayaan beliau menganjurkan program Ihya Ramadan Jabatan Bendahari. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada staf Jabatan Bendahari yang melibatkan diri  didalam program-program anjuran Universiti disepanjang bulan Ramadan, seperti program Gotong Royong Memasak Iftar Jamaie, Program Tadarus Al Quran dan Program Malaysia # QuranHour. 

Oleh   : Admin

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

JUMAAT, 09 JUN 2017/ 14 RAMADAN 1438H
MAJLIS BERBUKA PUASA STAF BENDAHARI 2017 BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & MISKIN DARI RUMAH PERMATA AL KAUTHAR

           19145844 1937316943180973 2188727616289377489 n 19105580 1937316883180979 9202482765100293103 n

                                                                                                                                                                                                                                                   Lagi gambar ......

Kelab Kebajikan & Sukan Staf Jabatan Bendahari (KASTURI), Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Staf Jabatan Bendahari Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin dari Rumah Permata Al-Kauthar pada 09 Jun 2017/14 Ramadan 1438H (Jumaat) bertempat di Indera Sempurna Resort Kuantan. 

Penganjuran majlis ini merupakan satu usaha oleh Jabatan Bendahari membantu  Universiti Malaysia Pahang dalam pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat khususnya pemegang taruh yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim & miskin dan seumpamanya. Selain itu dapat memberi peluang kepada staf Jabatan Bendahari dan pihak UMP untuk membuat amal kebajikan disamping meraikan anak-anak yatim & miskin. 

Seramai 20 anak yatim termasuk  5 orang pengiring dari Rumah Permata Al-Kauthar telah dijemput bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Oleh   : Admin

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KHAMIS,08 JUN 2017/ 13 RAMADAN 1438H
SEGULUNG TAHNIAH      

                                      
        En.din 1 En.Din 2

Segulung tahniah kepada En Zainudin (Bendahari / Ketua Pegawai Kewangan) atas pemakaian Komander Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM serta para pengurusan universiti yang lain. Semoga dengan adanya penglibatan ini akan membawa kegemilangan kepada UMP..

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

RABU, 31 MEI 2017/ 06 RAMADAN 1438H
FESTIVAL RAMADAN 1438H
PROGRAM TADARUS AL-QURAN

                                                             Tadarus Al Quran

                                                                                                                                                                                                             Lagi gambar ......
PROGRAM GOTONG-ROYONG IFTAR JAMAIE

                                                             Program Gotong Royong 2017

                                                                                                                                                                                                                   Lagi gambar ....

Bersempena Festival Ramadan 1438H anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Jabatan Bendahari telah menyertai Program Tadarus Al-Quran di Masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan dan Program Gotong-Royong menyediakan juadah berbuka puasa kepada pelajar yang telah diadakan di Pusat Aktiviti Pelajar, UMP Pekan pada 31 Mei 2017 (Rabu).

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PASUKAN Sarawak muncul juara Kejohanan Bola Tampar Senior Kebangsaan selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perlawanan akhir di Kompleks Sukan Sandakan, hari ini. - Foto BERNAMA

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/188903

KHAMIS, 19 MEI 2017/ 22 SYAABAN 1438H
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2016
                    

                                              Pic Of APC Updated

Warga Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Pahang mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2016 pada Majlis Hari Kualiti dan Inovasi UMP 2017 yang telah berlangsung pada hari ini 19hb Mei 2017 bertempat di ASTAKA, Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KHAMIS, 04 APRIL 2017/ 07 REJAB 1438H
KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP PIALA BENDAHARI, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KALI KE-12/2017

                                                                               Pic of Bola Tampar2

Pasukan daripada Jabatan Bendahari muncul Johan manakala Naib Johan disandang oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE). Bagi Tempat ke-3 dimenangi oleh Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP-A) dan Bahagian Keselamatan (BKES-A) muncul bagi tempat ke-4 bagi Kategori lelaki dalam Kejohanan Bola Tampar Piala Bendahari kali ke 12/2017

                                                                                  Bola Tampar Pic Girl


Pasukan daripada Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian muncul Johan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) muncul Naib Johan bagi Kategori wanita dalam Kejohanan Bola Tampar Piala Bendahari kali ke 12/2017.