Selamat Datang

 JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Kursus Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan

Pada 01 April & 02 April 2015, Jabatan Bendahari telah mengadakan Kursus Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan di Hotel Grand Continental Kuantan. Intipati yang disampaikan oleh Penceramah yang dijemput khas dari Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) iaitu En Shahril bin Yahya amat begitu berguna dan isu-isu yang disampaikan juga adalah isu semasa yang sedang melanda negara ketika ini. Sebagai seorang penjawat awam, perlu jujur dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan agar tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada penceramah yang banyak memberi pengetahuan dan ilmu yang berguna kepada semua staf Jabatan Bendahari dalam urusan tugas harian. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam slot yang akan datang.