Selamat Datang

 JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Sukarelawan Banjir

Jabatan Bendahari mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir yang terlibat terutamanya di Kelantan, Pahang dan Terengganu. UMP tidak terkecuali dalam memberi sokongan dan bantuan dari segi wang ringgit dan juga tenaga untuk membersihkan kawasan yang dilandar banjir.

Pada 17 Januari 2015, Jabatan Bendahari juga turun padang sama-sama membersihkan kawasan yang terlibat banjir bagi meringankan beban penduduk. Dari jam 8.00 pagi kami telah bertolak dari UMP Gambang dengan menaiki bas untuk ke destinasi di Kg Pulau Rusa Pekan. Misi kami adalah untuk membersihkan tadika, balai raya dan juga masjid. Semua staf Jabatan Bendahari terlibat dalam misi ini.