JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Program Ihya Ramadan 1438H/2017

KHAMIS,22HB JUN 2017/27 RAMADAN 1438H 
PROGRAM IHYA RAMADHAN JABATAN BENDAHARI 1438H/2017

TERKINI 

IMG 20170529 WA0000


Bersempena bulan Ramadan,Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Pahang (UMP)  telah mengadakan Program Ihya Ramadan 1438H/2017  yang telah berlangsung bermula dari 29hb Mei sehingga 22hb Jun 2017 / 03 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1438H. Program Ihya Ramadan merupakan program berterusan Jabatan Bendahari yang dilaksanakan pada setiap tahun sebagai pengisian aktiviti Jabatan disepanjang bulan Ramadan. Program sebegini diadakan sebagai menjalinkan hubungan dan ikatan ukhuwah sesama staf disamping program tazkirah sebagai pengisian rohaniah. Antara penceramah jemputan adalah Al Fadhil Ustaz Mohd Fadzli bin Ishak daripada Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Al Fadhil Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah daripada Jabatan Agama Islam Pahang Pekan dan Al Fadhil Ustaz Dr.Mohamad Hilmi bin Mat Said daripada Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan,Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Selain itu Jabatan Bendahari juga membudayakan setiap tahun melalui program Ihya Ramadan, upacara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, dengan cara ini selain dapat menimbulkan suasana kasih sayang ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik sesama warga Jabatan Bendahari. 

Encik Zainudin bin Othman, Bendahari/ketua Pegawai Kewangan, Universiti Malaysia Pahang  dalam ucapan ringkasnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Encik Ahmad Fauzi bin Mohamed Shah (Pegawai Kewangan Kanan) dan team  atas kejayaan beliau menganjurkan program Ihya Ramadan Jabatan Bendahari. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada staf Jabatan Bendahari yang melibatkan diri  didalam program-program anjuran Universiti disepanjang bulan Ramadan, seperti program Gotong Royong Memasak Iftar Jamaie, Program Tadarus Al Quran dan Program Malaysia # QuranHour. 

Oleh   : Admin

105
104

106

60  

84

98

95

4

100

101

40

43


16

27

13

 

Berita Jabatan Bendahari