JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 


 JUMAAT, 09 JUN 2017/ 14 RAMADAN 1438H
MAJLIS BERBUKA PUASA STAF BENDAHARI 2017 BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & MISKIN DARI RUMAH PERMATA AL KAUTHAR

 

                                                              19145844 1937316943180973 2188727616289377489 n     

                                                              19105580 1937316883180979 9202482765100293103 n


Kelab Kebajikan & Sukan Staf Jabatan Bendahari (KASTURI), Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Staf Jabatan Bendahari Bersama Anak-Anak Yatim & Miskin dari Rumah Permata Al-Kauthar pada 09 Jun 2017/14 Ramadan 1438H (Jumaat) bertempat di Indera Sempurna Resort Kuantan. 

Penganjuran majlis ini merupakan satu usaha oleh Jabatan Bendahari membantu  Universiti Malaysia Pahang dalam pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat khususnya pemegang taruh yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim & miskin dan seumpamanya. Selain itu dapat memberi peluang kepada staf Jabatan Bendahari dan pihak UMP untuk membuat amal kebajikan disamping meraikan anak-anak yatim & miskin. 

Seramai 20 anak yatim termasuk  5 orang pengiring dari Rumah Permata Al-Kauthar telah dijemput bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Lagi Gambar Berkaitan 

Oleh : Admin