Audit Autonomi

Posted in Uncategorised

 

Penurunan kuasa oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT ) kepada LPU ( Lembaga Pengarah Universiti ) bagi melaksanakan dasar dan peraturan sendiri. 

Dibawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) autonomi adalah bertujuan untuk memperkasakan IPTA supaya setaraf dengan Universiti bertaraf dunia.

IPTA akan diaudit oleh para juruaudit dari MPC yang dikelolakan oleh pihak bahagian Governans (IPTA) KPT. Pengauditan adalah bersandar kepada kod Panduan Amalan Tadbir Urus Terbaik (Code of University Good Governance (CUGG) melalui indeks penilaian iaitu UGGI ( University Good Governance Index ). 

4 bidang auditan bagi melihat tahap kesediaan Autonomi IPTA 

  • Tadbir urus Institusi 
  • Kewangan 
  • Modal Insan/Sumber Manusia 
  • Tadbir Urus Akademik 

Faedah pemberian autonomi kepada IPTA 

  • Universiti berkuasa membuat dan melaksanakan keputusan sendiri ( melaksanakan dasar dan peraturan sendiri  ) tanpa perlu bergantung dengan KPT 
  • Universiti berkuasa menjana kewangan sendiri 
  • Dapat menarik dan menggaji bakat yang terbaik dengan menyediakan skim perkhidmatan dan skala gaji yang lebih kompetitif 
  • Universiti mendapat peluang untuk memilih pelajar yang terbaik dari seluruh negara