JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN AKAUN, PELABURAN, GST , PENERIMAAN & SISTEM


 NFL9082
PENGENALAN :

Bahagian Akaun, Pelaburan, GST dan Penerimaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan dan akaun, pelaburan, GST dan menguruskan terimaan hasil universiti. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Kewangan W44 dan dianggotai oleh 3 orang Penolong Akauntan W29 dan 4 orang Pembantu Tadbir Kewangan W19. Objektif bahagian ini adalah untuk melaksanakan Pengurusan Kewangan dan Akaun yang cekap, kemas, dan berkesan serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dalam dan luar universiti.

 OBJEKTIF :

Unit Akaun :

  1. Untuk menguruskan kewangan dan perakaunan universiti dengan cara:-
      a.       Memastikan rekod kewangan dan akaun teratur serta mematuhi standard perakaunan;
            b.        Memastikan penyata kewangan universiti dikeluarkan setiap tahun dan mendapat sijil bersih.
     c.        Melaksanakan pengurusan penyata kewangan dengan cekap dan tepat.

     Unit Penerimaan:

  1. Menguruskan hasil universiti dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan, perakaunan dan audit.
       a.       Pengurusan di kaunter adalah cekap dan tepat. Resit rasmi dapat dikeluarkan
                 dalam masa 3 minit bagi setiap penerimaan.
     b.       Bil tuntutan (inbois) disediakan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
     c.       100% transaksi resit, baucer dan jurnal dipos ke lejar dengan tepat.

2.     Menguruskan kutipan hutang pada masa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

      a.       Pengurusan pengeluaran bil tuntutan (inbois) dan surat peringatan dihantar
                tepat pada tarikh yang ditetapkan.
      b.      100% transaksi resit, baucer dan jurnal dipos ke lejar dengan tepat.

      Unit Pelaburan :-

  1. Untuk menguruskan kewangan dan perakaunan universiti dengan cara:-
            a.       Memastikan rekod kewangan dan akaun teratur serta mematuhi standard perakaunan;
            b.       Memastikan penjanaan hasil pelaburan pada tahap yang maksima
            c.       Melaksanakan pengurusan penyata kewangan dengan cekap dan tepat
                      serta pengurusan pelaburan yang efisyen bagi mencapai pulangan di tahap yang maksima.

FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:      

Unit Akaun :

          a.      Perkhidmatan kepada pelanggan diberi keutamaan dengan layanan
                   yang mesra, mudah, cepat dan tepat.
          b.      Segala pertanyaan rasmi dan surat menyurat diuruskan dan diselesaikan dalam
                   tempoh 3 hari bekerja dari tarikh terimaan.
          c.      Memastikan penyata kewangan tahunan universiti dikeluarkan pada masa yang ditetapkan 
                   dan mendapat sijil audit bersih pada setiap tahun.

Unit penerimaan :

         1.         Bertanggungjawab bagi pengeluaran inbois kepada setiap penghutang;
         2.         Mengeluarkan resit rasmi bagi setiap bayaran yang diterima dan hasil-hasil lain universiti;
         3.         Memastikan pengendalian stok resit direkod dengan sempurna dan terimaan
                     bayaran di kaunter dikendalikan mengikut peraturan kewangan dan prosedur kerajaan.
         4.         Menguruskan setiap penerimaan bayaran dengan melalui terminal, E- pos atau online;
         5.         Mengemaskini lejar penghutang;
         6.         Menyediakan penyata akaun penghutang am universiti ;
         7.         Pengurusan kawalan kredit dan menyediakan surat peringatan kepada
                     penhutang yang melebihi tempoh kredit yang ditetapkan
         8.         Urusan penyediaan laporan berkala berkaitan penerimaan dan tunggakan hutang;

Unit GST :

  1.   Membuat semakan kod cukai bagi setiap transaksi perolehan dan pembekalan

      2.  Memastikan transaksi perolehan menggunakan Sijil Dibawah Perintah Cukai Barang dan

            Perkhidmatan (Pelepasan/Relief) 2014 bagi semua perolehan peralatan dan bahan tertakluk

           kepada syarat berikut:

    1. Peralatan dan bahan yang diperoleh adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran untuk program yang diluluskan oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia);
    2. Diluluskan oleh Ketua Pengarah JKDM;
    3. Menggunakan peruntukan kerajaan; dan
    4. Sijil ditandatangani oleh Naib Canselor atau pegawai yang diturunkan kuasa. Bagi maksud tujuan ini, pegawai yang diturunkan kuasa bagi menandatangani sijil pelepasan adalah Ketua Pusat Tanggungjawab / Ketua Unit Kewangan Zon / Ketua Pejabat Bendahari Cawangan / Ketua Pejabat Bendahari Kampus / Ketua Timbalan Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan / Penolong Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan
         3.  Menjadi pengantara untuk berhubung dengan pihak kastam bagi setiap isu yang timbul dan
              memerlukan penyelesaian segera
         4.  Bertanggungjawab menghantar laporan cukai barang dan perkhidmatan setiap suku bulan setelah
              mendapat pengesahan dan kelulusan pegawai serta Bendahari
         5.  Bertanggungjawab menyimpan dokumen sokongan cukai barang & perkhidmatan dalam
              bentuk hardcopy mahupun softcopy sebagai rujukan di masa hadapan