JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Soalan Lazim Bahagian Amanah, Penyelidikan, Penjanaan & Program Kerjasama

1-Bagaimana untuk membuka/mewujudkan Akaun Amanah Fakulti atau Jabatan?

  • Tatacara pembukaan Akaun Amanah boleh didapati melalui E-communiti-> Policies-> Internal Policies->Jabatan Bendahari->Panduan/Prosedur->Unit Amanh dan Penyelidikan->Manual pembukaan Tabung Amanah baharu.

2-Berapa baki Akaun Amanah fakulti/jabatan saya?

  • Baki Akaun Amanah fakulti atau jabatan hanya boleh disemak dengan staf kewangan di fakulti atau jabatan. Selain itu baki juga boleh disemak dengan staf unit Amanah, Jabatan Bendahari secara panggilan / memo atau email.

3-Bagaimana untuk membuka mewujudkan Vot Penyelidikan di Jabatan Bendahari?

  • Tatacara pembukaan Akaun Amanah boleh didapati melalui E-communiti-> Policies-> Internal Policies->Jabatan Bendahari->Panduan/Prosedur->Unit Amanh dan Penyelidikan->Manual pembukaan Geran penyelidikan baharu.

4-Bilakah pembayaran elaun SPPS atau GRS?

  • Pembayaran elaun GRS akan diproses sebelum 10hb setiap bulan dengan dokumen lengkap diterima daripada IPS dan akan dikreditkan ke akaun pelajar dalam tempoh 3 hari bekerja selepas 10hb setiap bulan.
  • Pembayaran elaun SPPS akan diproses sebelum 10hb setiap bulan dengan dokumen lengkap diterima daripada JJIM / TTO serta Jabatan Penyelidikan & Inovasi dan akan dikreditkan ke akaun pelajar dalam tempoh 3 hari bekerja selepas 10hb setiap bulan

5-Bilakan pembayaran elaun Skim Pelajar Bekerja (SPB)?

  • Pembayaran elaun SPB akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima dokumen lengkap dari Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA).

6-Berapa lama tempoh proses pembayaran bantuan kebajikan pelajar (Kebajikan Pelajar / Bantuan Yuran Pengajian / Zakat / Khairat Kematian DLL)?

  • Pembayaran bantuan kebajikan pelajar akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima dokumen lengkap dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA).

7-Berapa lama tempoh proses pembayaran tuntutan staf geran penyelidikan?

  • Pembayaran tuntutan staf bagi geran penyelidikan akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima dokumen lengkap di staf kewangan di fakulti. Tuntutan yang diterima adalah tidak melebihi tempoh 3 bulan. Namun pembayaran tertakluk kepada baki semasa geran penyelidikan.