JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Soalan Lazim Bahagian Pembayaran Gaji, Pinjaman & Cuti Belajar

SOALAN LAZIM SERTA JAWAPAN:
 
 
  1. Bilakah tarikh gaji setiap bulan?

            Mohon rujuk kepada Pekeliling Bendahari Tarikh dan Peraturan Pembayaran gaji bulanan setiap tahun.

 

       2. Bagaimana urusan tuntutan kerja lebih masa staf?

  Staf boleh memohon melalui e-comm UMP melalui capaian Staf management >Personal > Overtime

 

       3. Bagaimana urusan permohonan pinjaman kenderaan dan pembiayaan komputer UMP?

  Staf boleh memohon melalui e-comm UMP melalui capaian Financial Management > E-service > E- loan Management.

 

       4. Bagaimana mendapatkan maklumat gaji staf setiap bulan?

          Staf perlu mendapatkan payslip gaji melalui ecomm dengan capaian Financial Management > Financial

Info > Myfinance > Payslip

 

      5. Bilakah tarikh pembayaran elaun Cuti Belajar Dan Fellowship?

                  

          Rujuk jadual di bawah:

 

BIL      BULAN BAYARAN            PERUNTUKAN BULAN
1 Disember Januari, Februari, Mac
2 Mac April, Mei, Jun
3 Jun Julai, Ogos, September
4 September Oktober, November, Disember

               

      

      6. Bagaimana cara pengiraan potongan cukai berjadual (PCB)?

               

          Sila rujuk kepada kalkulator PCB LHDN, www.hasil.gov.my.

 

     7.  Bagaimana cara untuk kemaskini no akaun gaji staf?

         
          Sila memo atau emailkan kepada staf Bahagian Gaji.
 
 
     8.  Bilakah tarikh akhir permohonan / arahan potongan –potongan gaji?
         
          Setiap 10hb setiap bulan.
 
 
    9.  Berapakah kelayakan pinjaman saya?

                  

                     Sila rujuk pekeliling bendahari bagi skim Pinjaman Kenderaan dan pembiayaan Komputer dan telefon  pintar  (smartphone).

 

     10. Bagaimanakah saya perlu mendapatkan borang potongan Zakat, Tabung Haji, Wakaf dan lain-lain?

   

   Borang boleh didapati di Bahagian Gaji, Jabatan Bendahari UMP atau melalui dilaman web agensi   tersebut.