JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN AMANAH, PENYELIDIKAN, PENJANAAN & PROGRAM KERJASAMA

ICON BAJET   ICON AMANAH   ICON BENDAHARI PEMBAYARAN  ICON AKAUN2   ICON GAJI DAN PINJAMAN   

PENGENALAN :

Bahagian Amanah, Penyelidikan, Penjanaan & Program Kerjasama adalah antara bahagian yang penting dalam membantu mencapai visi, misi dan objektif Jabatan Bendahari dan seteruskan memangkin ke arah mencapai visi, misi dan objektif utama penubuhan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

OBJEKTIF :

  1. Untuk mentadbir dan menguruskan rekod kewangan tabung amanah & projek penyelidikan
  2. Untuk mentadbir dan menguruskan rekod kewangan COE / Pusat-pusat Penjanaan Pendapatan dan Program-program kerjasama akademik
  3. Untuk memastikan semua pembayaran dilaksanakan dalam tempoh masa empat belas hari (14) daripada tarikh terima dokumen pembayaran yang lengkap
  4. Memastikan pengurusan perolehan dilaksanakan secara telus mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mendapatkan nilai faedah yang terbaik kepada organisasi.
  5. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik kepada pelanggan.
  6. Mewujudkan sistem kawalan rekod yang lengkap selaras dengan peraturan dan undang-undang yang telah diperuntukkan.

FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

  1. Urusan permohonan pembukaan dan penutupan Tabung Amanah(TA) bagi yang telah mencapai objektik atau tidak aktif.
  2. Urusan permohonan pembukaan dan penutupan Geran Penyelidikan (TR) bagi yang telah mencapai objektik / Tamat tempoh atau tidak aktif.
  3. Urusan agihan peruntukan (initial allocation budget) bagi peruntukan Tabung Amanah(TA) dan Tabung Penyelidikan(TR).
  4. Urusan pindahan peruntukan (virement) Tabung Amanah(TA) dan Tabung Penyelidikan(TR).
  5. Urusan penyediaan pelaporan-pelaporan bagi Akaun Amanah(TA) dan Geran Penyelidikan(TR).
  6. Urusan penyediaan pelaporan-pelaporan bagi COE / Pusat-pusat Penjanaan Pendapatan dan Program-program kerjasama akademik.
  7. Urusan penyediaan Pesan Belian (LO) bagi peruntukan Tabung Amanah(TA) dan Tabung Penyelidikan(TR).
  8. Urusan pembayaran kepada pembekal, staf & pelajar bagi peruntukan Tabung Amanah(TA) dan Tabung Penyelidikan(TR).
  9. Urusan Pendahuluan pelbagai, perjalanan & aktiviti pelajar bagi peruntukan Tabung Amanah(TA) dan Tabung Penyelidikan(TR).
  10. Urusan pembayaran elaun-elaun pelajar GRS/ SPPS/ SPB.
  11. Urusan pembayaran bantuan kewangan pelajar (Kebajikan Pelajar / Bantuan Yuran Pelajar / Bantuan Zakat / Bantuan Khairat Kematian)
  12. Urusan terimaan hasil akaun amanah dan geran penyelidikan