JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN PEMBAYARAN GAJI , PINJAMAN & CUTI BELAJAR


ICON BAJET   ICON AMANAH   ICON BENDAHARI PEMBAYARAN  ICON AKAUN2   ICON GAJI DAN PINJAMAN   
PENGENALAN :


Bahagian Gaji, Pinjaman Dan Cuti Belajar ini diterajui oleh seorang Pegawai Kewangan Kanan (W44) dan dibantu oleh dua (2) orang Penolong Akauntan (W29), dan dua (2) orang Pembantu Tadbir Kewangan (W19). Terdapat tiga (3) skop utama yang dikendalikan di bahagian ini iaitu Unit Gaji, Unit Pinjaman Staf dan Unit Cuti Belajar.

Unit yang penting dalam bahagian ini adalah unit gaji dalam mengendalikan bayaran gaji bulanan staf UMP mengikut jadual gaji yang telah ditetapkan setiap tahun.
Unit Pinjaman staf juga adalah merupakan unit yang menguruskan permohonan kemudahan pinjaman staf bagi Skim Pinjaman Kenderaan dan Skim Pembiayaan Komputer UMP. Skim ini memberi kemudahan kepada staf untuk membuat pinjaman kenderaan dan komputer dengan bayaran balik melalui potongan gaji setiap bulan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

Bahagian ini juga menguruskan pembayaran Skim Cuti Belajar dan Fellowship UMP yang melibatkan pembiayaan elaun-elaun yang dibiayai oleh Universiti Malaysia Pahang mengikut penempatan pengajian staf atau pelajar yang dibiayai samada luar negara atau dalam negara.

 OBJEKTIF :
           1.    Untuk mengurus pembayaran gaji staf UMP
                       a. Pembayaran dilaksanakan mengikut Jadual Pekeliling Bayaran gaji setiap tahun.
          2.    Untuk menguruskan pembayaran Skim Cuti Belajar dan Fellowship UMP
                                       a. Pembayaran dilaksanakan mengikut tempoh setiap 3 bulan.
                         3.   Untuk menguruskan Skim Pinjaman Kenderaan dan Skim Pembiayaan komputer
                               & Telefon Pintar (Smartphone) UMP
 
 
             FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:
 
  1.  Urusan pembayaran gaji

  2. Urusan memproses tuntutan bayaran lebih masa dan pembayaran bagi potongan-potongan gaji staf.

  3. Urusan Pengesahan Gaji staf

  4. Urusan penyediaan penyata pendapatan tahunan staf/sijil gaji akhir.

  5. Urusan Pinjaman Kenderaan & Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphone) UMP

  6. Urusan pembayaran Skim Cuti Belajar dan Fellowship UMP.