JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Soalan Lazim Bahagian Pengurusan Aset

         SOALAN LAZIM SERTA JAWAPAN :

         

         Q1: Apakah perbezaan antara Aset dan Inventori?

A1: Aset adalah barang tak luak yang nilai perolehan ialah RM 3,000.00 dan keatas. Harta benda  kepunyaan dan milikan kerajaan yang dibeli atau disewa dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau secara perundangan. Aset Alih iaitu aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, termasuk yang dibekal atau yang dipasang bersekali dengan bangunan.Jangkahayat melebihi 1 tahun dan memerlukan penyelenggaraan berjadual. Inventori ialah peralatan yang tak luak yang menarik, jangkahayat 3 hingga 4 tahun. Harga asal perolehan tidak melebihi RM 3,000.00 dan tidak memerlukan penyelenggaraan secara berjadual.

 

         Q2: Adakah semua aset perlu dilabelkan?

A2: Ya, semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabelkan pelekat barcode yang dicetak daripada sistem pelekat barkod.

 

          Q3: Adakah pergerakan aset perlu direkodkan?

A3: Ya , semua pergerakan aset bagi tujuan penempatan semula hendaklah direkodkan di dalam Borang Pergerakkan Harta (KEW PA 6) bagi memastikan lokasi semasa aset tersebut berada.

 

          Q4: Apakah tujuan pemeriksaan aset dilakukan setiap tahun?

                A4:                a. Memastikan setiap aset mempunyai rekod yang lengkap, tepat dan betul.

                                b. Mengetahui keadaaan dan prestasi aset.

                                c. Memastikan setiap aset berada di lokasi seperti yang telah didaftarkan.

                d.Memastikan setiap pegawai bertanggungjawab sepenuhnya bagi aset yang dipertanggungjawabkan keatasnya.

 

           Q5: Apakah yang perlu dilakukan PTJ untuk melupuskan sesuatu aset?

           A5:               a.Mengisi permohonan pelupusan di Sistem IMS.

                                b.Mendapat pengesahan Ketua Jabatan di borang dan di Sistem IMS

                                c. Kepilkan KEW PA 2 atau KEW PA 3 (aset yang hendak dilupuskan)

                                d. Hantar ke Unit Pengurusan Aset, Jabatan Bendahari.

 

Q6: Apakah kaedah termudah untuk melupuskan bahan-bahan buangan terjadual (minyak terpakai, bateri kenderaan, bahan binaan, bahan kimia dan lain-lain bahan mudah terbakar)?

A6: Dilupuskan kepada premis-premis pemerolehan kembali(e-waste) yang berdaftar dan tersenarai di Jabatan Alam Sekitar (negeri atau ibu pejabat). Harta dibawah kategori bekalan tidak memerlukan kelulusan oleh Pihak Berkuasa Melulus Pelupusan Harta.  

 

Q7: Sekiranya sesebuah harta sebagai contoh peralatan makmal dilupus tetapi sebahagian harta digunakan semula, adakah kelulusan Jawatankuasa Pelupusan diperlukan?

A7: Kelulusan pelupusan diberikan untuk satu harta bukannya bagi bahagian/komponen tertentu. Sekiranya bahagian/komponen tertentu hendak digunakan semula, PTJ hendaklah menyatakan kaedah pelupusan secara tukar ganti (Cannibalize) semasa permohonan pelupusan dan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelupusan. Sekiranya harta didapati masih mempunyai nilai, harta akan didaftarkan kembali mengikut nilai semasa atau pada kadar RM1.00.

 

Q8: Sekiranya sesebuah harta dicadangkan untuk tindakan trade-in, apakah yang perlu dilakukan oleh PTJ?

A8: PTJ perlulah membuat permohonan pelupusan harta sepertimana pada prosedur pelupusan harta. Harta akan dicadangkan pelupusan secara trade-in oleh Jawatankuasa Pemeriksa sekiranya harga harta baharu setelah nilai trade-in diambilkira adalah lebih rendah jika dibandingkan nilai selenggara harta berkenaan. Tindakan trade-in boleh diambil apabila telah memperolehi kelulusan oleh Jawatankuasa Pelupusan.  

 

         Q9: Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku kehilangan?

                    A9:          a. Pegawai bertanggungjawab perlu melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan.

       b. Membuat laporan Polis dan laporan keselamatan dalam tempoh 24 jam

       c. Ketua Jabatan melengkapkan KEW PA 28 (Laporan Awal Kehilangan)

      d. Laporan Awal, salinan polis , laporan keselamatan dan dokumen-dokumen berkaitan dihantar kepada pihak Urusetia Jawatankuasa Kehilangan & Kerosakan Harta  
         Universiti (JKKH).

 

Q10: Sekiranya saya dikenakan bayaran balik di atas kecuaian saya dalam penjagaan aset alih kerajaan, adakah ia kesan pada perkhidmatan saya?

A10: Bayaran balik tidak akan memberi kesan kepada prestasi, peluang kenaikan pangkat, berkursus dan sebagainya ke atas seseorang pegawai kerana ia bukan merupakan tindakan tatatertib. Tujuan direkodkan adalah bagi memastikan pegawai tidak melakukan kesalahan yang sama berulangkali dan jika berulang kali dilakukan maka tindakan yang lebih tegas boleh dikenakan ke atas pegawai yang terlibat berdasarkan rekod dalam Buku Perkhidmatan.

 

Q11: Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan aset alih Kerajaan?

A11: Pekeliling Perbendaharaan (1PP) 2014: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan & Peraturan Kewangan & Perakaunan Universiti (PKPU 2013) & Manual Prosedur Kewangan & Akaun (MPKA)

 

Q12: Adakah saya boleh membawa bersama harta dari PTJ asal yang telah diperuntukkan kepada saya apabila arahan perpindahan ke PTJ baharu dikeluarkan?

A12: Staf boleh membawa harta sekiranya telah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan PTJ asal harta berkenaan. Walaubagaimanapun, kod daftar harta hendaklah dikemaskini dibawah kod PTJ yang baharu.

 

Q13: Apakah status milikan harta penyelidikan yang dibeli menggunakan geran penyelidikan saya?

A13: Harta yang dibeli menggunakan geran penyelidikan adalah dimiliki sepenuh oleh PTJ berkenaan. Status harta adalah hak milik Universiti.