JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR

ump terbaik asia

            
PENGENALAN :

Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari adalah bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan pelajar Universiti Malaysia Pahang dan berperanan dalam merancang serta melaksanakan dasar yang berkaitan dengan pengurusan kewangan pelajar berdasarkan polisi serta peraturan yang telah ditetapkan. Bahagian Kewangan Pelajar adalah antara bahagian yang penting dalam membantu mencapai visi, misi dan objektif Jabatan Bendahari dan seteruskan memangkin ke arah mencapai visi, misi dan objektif utama penubuhan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

OBJEKTIF :
1-     Menguruskan hasil universiti dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan, perakaunan dan audit
2-     Menguruskan kutipan hutang / yuran pengajian pelajar mengikut peraturan dan masa yang telah ditetapkan

FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:  

 1-     Bertanggungjawab bagi pengeluaran inbois kepada setiap pelajar dan membuat tuntutan yuran kepada penaja;
2-     Mengeluarkan nota kredit bagi penghutang pelajar
3-     Mengeluarkan resit rasmi bagi semua kutipan yuran pelajar
4-     Menguruskan bayaran Biasiswa / Pinjaman & bayaran berkaitan kepada pelajar
5-     Mengesahkan yuran untuk urusan pengeluaran wang KWSP melalui prosedur
       skim pengeluaran pendidikan dan pengesahan yuran lain-lain penajaan;
6-     Menyediakan penyata akaun penghutang pelajar ;
7-     Pengurusan kawalan kredit
8-     Urusan penyediaan laporan berkala berkaitan tunggakan hutang
       pelajar serta laporan-laporan lain yang berkaitan