JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

ICON BAJET   ICON AMANAH   ICON BENDAHARI PEMBAYARAN  ICON AKAUN2   ICON GAJI DAN PINJAMAN   
PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Pentadbiran di Jabatan Bendahari diwujudkan berfungsi selaras dengan keperluan pengurusan pentadbiran di Jabatan Bendahari.

OBJEKTIF

Memastikan pengurusan pentadbiran dan khidmat pelanggan yang berkualiti serta memuaskan dan perkhidmatan sokongan yang cepat dan cekap.

FUNGSI /
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:       

  1. Bertanggungjawab menjadi urusetia kepada program kunjungan / lawatan dari IPTA lain ke Jabatan Bendahari UMP
  2. Memberikan perkhidmatan keurusetiaan yang cekap dan berkesan
  3. Bertanggungjawab mengendalikan program-program yang dianjurkan oleh pihak universiti seperti Program Sambutan Maulidur Rasul, Program Sambutan Hari Raya Peringkat Jabatan dan Universiti.
  4. Bertanggungjawab menyelenggara semua kemudahan pejabat, peralatan, perabot, kenderaan, bilik perbincangan dan bilik mesyuarat.
  5. Menyediakan kemudahan kenderaan, pemandu dan mengendalikan urusan yang berkaitan dengannya.
  6. Mengendalikan urusan surat menyurat dan sistem pengurusan pemfailan.
  7. Mengendalikan dan menyelenggarakan urusan kelengkapan perabot di setiap bahagian di Jabatan
  8. Bertanggungjawab dalam menguruskan latihan staf di Jabatan Bendahari.UTAMA
  9. Mengawal perjalanan semua peringkat fail (Rahsia,Sulit dan terbuka ) untuk tindakan pegawai
    /kakitangan di Bahagian Pentadbiran Kewangan.
  10. Bertanggungjawab dalam urusan perolehan peralatan kelengkapan pejabat dan perabot.
  11. Bertanggungjawab dalam pengurusan asset di Jabatan Bendahari (Pegawai/Penerima/Pemeriksa Aset)
  12. Bertanggungjawab dalam merancang perjawatan dan struktur organisasi serta kenaikan pangkat kakitangan kewangan di Jabatan Bendahari.