JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN DASAR

ICON BAJET   ICON AMANAH   ICON BENDAHARI PEMBAYARAN  ICON AKAUN2   ICON GAJI DAN PINJAMAN   

PENGENALAN :
Bahagian Perolehan bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan perolehan UMP dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance practices) dengan
mematuhi prinsip-prinsip perolehan seperti berikut:
 
 (i)   Akauntabiliti Awam - Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab
       dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
(ii)  Diuruskan Secara Telus - Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas,
       diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
(iii) Nilai Faedah Yang Terbaik - Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap
       ringgit yang dibelanjakan.
(iv) Saingan Terbuka - Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing.
(v)  Adil dan Saksama - Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan
      saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.
 OBJEKTIF :

Bahagian Perolehan bertanggungjawab untuk mencapai objektif berikut:

     (i) Memastikan perolehan Universiti dirancang dengan teliti, sistematik dan mematuhi dasar semasa Kerajaan;
    (ii) Memantau perolehan yang dilaksanakan dengan lebih telus bagi mengelakkan
      berlakunya sebarang pembaziran, kelewatan , penyelewengan, salah guna kuasa dan perolehan di luar aturan  
      termasuk menyelia semua pihak yang terlibat dalam perolehan Universiti menandatangani dokumen Integrity Pact
(iii) Mengurus dan mengawalselia pentadbiran kontrak agar mematuhi peraturan perolehan yang berkuatkuasa;
(iv) Membuat laporan perolehan dengan tepat dan terkini.


FUNGSI /
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN: 

Bahagian Perolehan bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi berikut:

   (i)      Mengurus perancangan perolehan tahunan Universiti;
(ii)     Mengurus pendaftaran dan kemaskini maklumat pembekal;
(iii)    Mengurus Penyediaan Pesanan Tempatan
(iv)    Mengurus Perolehan Secara Tender/Sebutharga/Ebidding/Rundingan Terus
(v)     Mengurus Sekretariat Jawatankuasa Sebutharga Universiti/Lembaga Tender/
          Jawatankuasa Rundingan Harga/ Jawatankuasa Pra Kelayakan E-bidding
(vi)    Mengurus Pentadbiran Kontrak
(vii)   Mengurus Perolehan Bagi MTO+ KWIBK
(viii)  Mengurus Penyediaan Perjanjian Kontrak
(ix)    Mengurus Bayaran Pendahuluan Projek
(x)     Mengurus Pembiayaan/Factoring
(xi)    Mengurus Penyediaan Laporan Berkala Berkaitan Perolehan

Bahagian Perolehan menyediakan perkhidmatan berikut:

(i)     Perkhidmatan pendaftaran dan kemaskini maklumat pembekal
(ii)    Perkhidmatan khidmat nasihat pelaksanaan perolehan secara
        Tender/Sebutharga/Ebidding/Rundingan Terus/Sebutharga B