PERKHIDMATAN TRANSAKSI BAYARAN TANPA TUNAI (YURAN PELAJAR/SEWA/DENDA DAN SEBAGAINYA)

Posted in Unit Penerimaan & Kewangan Pelajar2

 

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Kepada semua warga UMP yang dihormati

Jabatan Bendahari telah menyediakan perlbagai perkhidmataan pembayaran secara atas talian (online) secara berperingkat semenjak tahun 2007 . Dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan ini pihak Jabatan Bendahari akan menguatkuasakan TRANSAKSI BAYARAN TANPA TUNAI bermula 1 JUN 2014.  

Tujuan diperkenalkan adalah bagi mewujudkan persekitaran tanpa tunai di UMP yang mana ianya lebih selamat kerana pelanggan tidak perlu lagi membawa tunai ke Kaunter Penerimaan kami.

Pelajar / Staf / Vendor yang membuat bayaran di UMP haruslah menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tanpa tunai yang telah disediakan.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan pembayaran kepada UMP :-

1. Bayaran Melalui Mesin ATM BIMB

2. Bayaran Melalui FPX

3. Bayaran Melalui I-Tap Bank Islam

4. Bayaran Melalui Kad Debit/Kad Kredit

5. Bayaran Melalui Mesin ATM Maybank

6. Bayaran melalui M2U Maybank

7. Bayaran melalui Terminal E-Pos (Bank Muamalat)

SilaKLIKuntuk keterangan. Kerjasama semua adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.