Selamat Datang

 JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN BAJET DAN KEWANGAN PEMBANGUNAN

ICON BAJET   ICON AMANAH   ICON BENDAHARI PEMBAYARAN  ICON AKAUN2   ICON GAJI DAN PINJAMAN   
 PENGENALAN :

Bahagian Bajet dan Kewangan Pembangunan diwujudkan bagi menguruskan peruntukan dengan cekap bagi memastikan peruntukan dibelanjakan mengikut kaedah dan peraturan yang telah ditetapkan serta penggunaan yang optimum. Selain itu, Bahagian Bajet dan Kewangan Pembangunan memantau perbelanjaan dalam penyediaan laporan-laporan berkala.

 OBJEKTIF :
  1. Memastikan universiti mendapat peruntukan yang mencukupi bagi menyediakan keperluan aktiviti-aktiviti universiti
  2. Menguruskan peruntukan dengan cekap bagi memastikan peruntukan dibelanjakan mengikut kaedah dan peraturan yang telah ditetapkan serta penggunaan yang optimum.
  3. Menguruskan pembayaran kewangan pembangunan dan merekod dan memantau perbelanjaan serta penyediaan laporan – laporan berkaitan pembangunan
  4. Semua pembayaran bagi kewangan pembangunan yang telah lengkap akan diurus dan dibayar mengikut keperluan semasa dan prosedur pembayaran biasa dari tarikh dokumen lengkap diterima
  5. Semua pembayaran akan dibuat bayaran dalam masa empat belas hari (14) daripada tarikh bil dan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap diterima.

FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:       

  1. Urusan penyediaan cadangan anggaran belanjawan mengurus tahunan
  2. Urusan pengagihan peruntukan bajet mengurus kepada PTJ
  3. Urusan permohonan bajet tambahan
  4. Urusan pindah peruntukan Tabung Mengurus dan Tabung Pembangunan
  5. Urusan pemantauan prestasi perbelanjaan setiap PTJ
  6. Urusan penyediaan laporan prestasi perbelanjaan bulanan Tabung Mengurus dan Tabung Pembangunan
  7. Urusetia Jawatankuasa Belanjawan Universiti
  8. Urusan Bajet Pembangunan Universiti
  9. Urusan permohonan geran Tabung Mengurus dan Tabung Pembangunan
  10. Urusan pembayaran Tabung Pembangunan Kampus Tetap Pekan
  11. Urusan penyediaan Laporan JPKA setiap suku tahun Tabung Mengurus dan Tabung Pembangunan