JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN PEMBAYARAN

ICON BAJET   ICON AMANAH   ICON BENDAHARI PEMBAYARAN  ICON AKAUN2   ICON GAJI DAN PINJAMAN   

PENGENALAN :

Bahagian Pembayaran adalah bertanggungjawab dalam pengurusan pembayaran yang melibatkan tabung mengurus bagi tuntutan staf, tuntutan pembekal dan tuntutan lain. Berperanan untuk memastikan segala pembayaran dilaksanakan dengan mematuhi semua pekeliling, prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan. Bertanggungjawab menguruskan penyediaan laporan berkala berkaitan pembayaran pembekal & tuntutan lain.

OBJEKTIF :

 Untuk mentadbir dan menguruskan kewangan Staf, Pembekal & Tuntutan Lain :

  1. Semua permohonan pendahuluan staf diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
  2. Semua tuntutan, pembayaran kepada pembekal dan tuntutan lain bagi Tabung Mengurus akan dibuat bayaran dalam tempoh empat belas hari (14) daripada tarikh bil dan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap diterima.
  3. Sebarang kemusykilan akan diperjelaskan serta-merta.

 FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:  

  1. Menguruskan pembayaran tuntutan perjalanan staf dan tuntutan lain
  2. Menguruskan pembayaran pembekal
  3. Menguruskan pembayaran utiliti
  4. Menguruskan pembayaran pensyarah akademik sambilan, penceramah/fasilitator dan jurulatih sukan/aktiviti pelajar dan jurulatih kebudayaan