JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

PEJABAT BENDAHARI KAMPUS GAMBANG

 

ICON BAJET   ICON AMANAH   ICON BENDAHARI PEMBAYARAN  ICON AKAUN2   ICON GAJI DAN PINJAMAN   

PENGENALAN

 

Pejabat Bendahari Kampus Gambang adalah terdiri beberapa unit seperti berikut :

  1. Unit Pembayaran Tabung Mengurus
  2. Unit Kewangan Pelajar Bukan Perdana dan Mobiliti
  3. Unit Kewangan Pusat Tanggungjawab Gambang

 

UNIT PEMBAYARAN TABUNG MENGURUS

Unit Pembayaran adalah bertanggungjawab dalam pengurusan pembayaran yang melibatkan tabung mengurus bagi tuntutan staf, tuntutan pembekal dan tuntutan lain. Berperanan untuk memastikan segala pembayaran dilaksanakan dengan mematuhi semua pekeliling, prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan. Bertanggungjawab menguruskan penyediaan laporan berkala berkaitan pembayaran pembekal & tuntutan lain.

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Menguruskan pembayaran tuntutan perjalanan staf dan tuntutan lain
  2. Menguruskan pembayaran pembekal
  3. Menguruskan pembayaran utiliti
  4. Menguruskan pembayaran pensyarah akademik sambilan, penceramah/fasilitator dan jurulatih sukan/aktiviti pelajar dan jurulatih kebudayaan
OBJEKTIF

Untuk mentadbir dan menguruskan kewangan Staf, Pembekal & Tuntutan Lain :

  1. Semua permohonan pendahuluan staf diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
  2. Semua tuntutan, pembayaran kepada pembekal dan tuntutan lain bagi Tabung Mengurus akan dibuat bayaran dalam tempoh empat belas hari (14) daripada tarikh bil dan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap diterima.
  3. Sebarang kemusykilan akan diperjelaskan serta-merta.

 

UNIT KEWANGAN PELAJAR BUKAN PERDANA DAN MOBILITI

Unit Kewangan Pelajar Bukan Perdana adalah bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan pelajar bukan perdana Universiti Malaysia Pahang. Pelajar bukan perdana adalah terdiri dari pelajar Program PIE, PEC dan mobiliti. Unit ini juga berperanan dalam merancang serta melaksanakan dasar yang berkaitan dengan pengurusan kewangan pelajar bukan perdana yang berlandaskan polisi serta peraturan kewangan Universiti.

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 
  1. Bertanggungjawab bagi pengeluaran inbois kepada pelajar bukan perdana dan membuat tuntutan yuran kepada penaja; 
  2. Menyediakan nota kredit kepada pelajar bukan perdana
  3. Menguruskan bayaran berkaitan kepada pelajar bukan perdana
  4. Mengeluarkan resit rasmi bagi semua kutipan yuran pelajar bukan perdana
  5. Menguruskan lejer pelajar, menguruskan lejer am serta menjawab pertanyaan audit.
  6. Pengurusan kawalan kredit
  7. Menyediakan laporan-laporan berkaitan secara berkala
  8. Menyelaraskan urusan berkaitan pelajar bukan perdana dengan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) dan Pejabat Antarabangsa.

OBJEKTIF

Menguruskan kewangan pelajar bukan perdana universiti dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan, perakaunan dan audit dengan melaksanakan :

 

          a-Pengurusan di kaunter adalah cekap dan tepat. Resit rasmi dapat dikeluarkan dalam masa 3 minit
             bagi setiap penerimaan
          b-Bil tuntutan (inbois) disediakan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
          c-100% transaksi resit, baucer dan jurnal dipos ke lejar dengan tepat
          d-Pengurusan pengeluaran inbois dan dihantar tepat pada tarikh yang ditetapkan
          e-Mengeluarkan bil tuntutan kepada penaja bagi pelajar bukan perdana yang berdaftar
             dan menghantar surat tuntutan kepada penaja dalam tempoh dua minggu selepas
             semester bermula

 

UNIT KEWANGAN PUSAT TANGGUNGJAWAB GAMBANG

Pejabat Bendahari juga memantau Unit Kewangan PTJ Gambang. Wakil-wakil kewangan PTJ membantu serta menyokong hampIr keseluruhan fungsi jabatan bendahari. Ini termasuk skop bajet, perolehan, pembayaran, pembangunan, pengurusan aset, pelajar serta staf.