GST (Good and Service Tax)

Posted in Uncategorised

 

Apa itu GST (Good Service Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan) 

GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang dimport. 

Adakah GST merupakan cukai kepenggunaan yang baru? 

GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). 

Perbezaan GST dengan SST (Cukai Kepenggunaan Sediaada) 

Perlaksanaan GST merangkumi pelbagai jenis barang dan perkhidmatan dimana pengenaan semua cukai adalah disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran disamping boleh menuntut semula semua cukai yang dikenakan daripada kerajaan. 

SST iaitu cukai yang sediaada hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang itu dikeluarkan daripada kilang atau diimport. Manakala, cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna. 

Mengapa GST perlu dilaksanakan? 

GST adalah merupakan sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus , efisien dan mesra pelanggan dan berupaya menjana punca hasil yang stabil . Berdasarkan kajian oleh kementerian kewangan didapati GST boleh mengatasi pelbagai kelemahan yang wujud dibawah SST iaitu : 

-Cukai bertindih 
-Cukai berganda dan bertingkat 
-Isu pindahan harga dan nilai 
-Tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barang yang dieksport 
-karenah birokrasi 
 
Disamping itu GST dijangka dapat menghapuskan cukai berganda di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST. 
 
Bagaimana GST dilaksanakan ? 
 
Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas sebab pilihanraya dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama. 
 
Adakah semua barang dan Perkhidmatan dikenakan GST ? 
 
Beberapa makanan asas seperti Gula, tepung, ,minyak masak , sayuran ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta ,pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidak dikenakan GST. 
 
Adakah semua perniagaan dikehendaki berdaftar di bawah GST? 
 
Perniagaan yang telah mencapai nilai jualan tahunan RM 500,000 setahun adalah diwajibkan untuk mendaftar di bawah GST. Walau bagaimanapun perniagaan yang tidak mencapai nilai tersebut boleh mendaftar secara sukarela. 
 
 
 Rujukan  :  
header-logo-GST