Selamat Datang

 JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

LATAR BELAKANG

 
PENGENALAN

 

Jabatan Bendahari diwujudkan selaras dengan penubuhan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) dan telah ditubuhkan pada 16 Februari 2002. Jabatan Bendahari bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pengurusan kewangan Universiti.

Sebagai sebuah institusi Pengajian Tinggi, UMP adalah sebuah Universiti teknikal yang berteraskan kompetensi dengan pengkhususan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Dua bidang tumpuan utama adalah industri kimia, petrokima dan bioteknologi serta industri automotif dan pembuatan.

Bagi memenuhi akauntabiliti Jabatan Bendahari dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan Universiti, Jabatan Bendahari mempunyai peranan-peranan seperti berikut:

  • Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kewangan (system delivery) kepada pihak-pihak berkepentingan (stakeholder).
  • Bertanggungjawab memastikan pengurusan kewangan universiti dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan (legality).
  • Bertanggungjawab ke atas semua rekod-rekod dan laporan kewangan Universiti. (accountability)
  • Bertanggungjawab memastikan kedudukan kewangan Universiti (Cash flow) sentiasa terkawal.