JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Soalan Lazim Bahagian Perolehan

Soalan: Bagaimana syarikat mahu berdaftar dengan UMP?

 Jawapan : Syarikat dikehendaki berdaftar dengan UMP melalui vendor@ump secara atas talian di

                    http://apps.ump.edu.my/vendor/vendor/ dan seterusnya dalam Sistem Perolehan  Elektronik melalui platform

                    SENNEGO di https://www.sennego.com/signup. Syarikat dikehendaki memuat naik dokumen sokongan bagi

                    tujuan pendaftaran dalam platform SENNEGO.

Soalan:       Adakah syarikat wajib berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk memasuki pasaran

                     UMP?

Jawapan : Ya, untuk memasuki pasaran UMP, syarikat wajib berdaftar dengan MOF dalam kod bidang bekalan atau

                     perkhidmatan bagi nilai perolehan RM20,000.00 dan ke atas.