JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Pengumuman

Assalamualaikum w.b.t

YH Dato'/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan,

Kolej Kediaman MAWADDAH merupakan kolej wakaf yang akan dibina dalam tahun ini dan dialu-alukan kepada staf untuk menyumbang pembinaan kolej ini bagi menambah dana yang sediaada. Sehingga kini staf yang telah membuat potongan wakaf adalah seramai 91 orang.

"MEWAKAFKAN HARTA adalah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah S.W.T kepada pewakaf selagi harta atau ain yang diwakafkan itu kekal atau dimanfaatkan."

Staf boleh mengisi borang arahan potongan gaji untuk pembelian dana wakaf dengan minimum potongan sebanyak RM 10.00. Borang arahan potongan boleh didapati seperti berikut :

1.     Bahagian Gaji, Jabatan Bendahari UMP Pekan

2.     Pejabat Bendahari UMP, Kampus Gambang.

3.     Bahagian Pengurusan Kampus Gambang, Jabatan Pendaftar.

Sesungguhnya bagi mereka yang telah menyumbang diucapkan jutaan terima kasih dan didoakan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.

Sekian, terima kasih.

Posted by SAPRI BIN ABDUL KASSIM @ HASAN , JABATAN BENDAHARI