Selamat Datang

 JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

PIAGAM PELANGGAN

 Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

 

1.    Memberi perkhidmatan kewangan secara profesional dalam persekitaran kondusif dan mesra pelanggan.

2.    Menyempurnakan perkhidmatan kewangan yang cemerlang kepada pelajar, pembekal dan staf dalam tempoh

      yang ditetapkan.

3.   Menyempurnakan pembayaran biasiswa/pinjaman/bantuan/zalat pelajar/bayaran balik dalam tempoh 14 hari

     bekerja selepas dokumen yang lengkap diterima.

4.   Menyempurnakan pembayaran pembekal dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran lengkap

      diterima.

5.   Memaparkan notis bayaran harga dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh tutup sebutharga/tender.

6.  Memaparkan notis keputusan sebutharga rasmi/tender dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup sebutharga / tender

7.  Mengesahkan penerimaan aduan dan cadangan atau pertanyaan yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan Universiti dalam tempoh 24 jam.

8.   Menangani aduan, cadangan atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan kewangan Univerisiti tidak melebihi lima (5)

      hari bekerja.