BURSARY
"Providing the best financial services"


JAWATANKUASA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)  JABATAN BENDAHARI 

Fungsi & Tanggungjawab AJK       Carta Organisasi

Konsep Amalan 5S mula diperkenalkan kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti, yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan. 

Di Malaysia, Konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipratikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi -agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S. Amalan 5S merupakan satu pendekatqan bersistematik amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dengan menyusun, membersih dan mengekalkan persekitaran kerja produktif.

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja serta dapat mengurangkan risiko kemalangan ditempat kerja.

                                                                                                                                             Guide: For best view, please use Internet Explorer 10 and above with resolution 1280 x 800 pixel.
                                                                                                                                                                                                  Copyright © 2018 Universiti Malaysia Pahang. All right reserved.