JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN DASAR

Edited copy1

   Direktori2Crop    Doccrop1    Infogoggle7   Download3crop  mailcrop3 
Direktori Staf   Borang     Informasi       FAQS        Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


PENGENALAN :
Bahagian Perolehan bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan perolehan UMP dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance practices) dengan
mematuhi prinsip-prinsip perolehan seperti berikut:
 

 (i)   Akauntabiliti Awam - Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara
       bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.

(ii)  Diuruskan Secara Telus - Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan
       hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.

(iii)  Nilai Faedah Yang Terbaik - Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi
       setiap ringgit yang dibelanjakan.

(iv)  Saingan Terbuka - Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak
       yang layak bersaing.

(v)   Adil dan Saksama - Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan
       dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.

OBJEKTIF :

Bahagian Perolehan bertanggungjawab untuk mencapai objektif berikut:

    (i) Memastikan perolehan Universiti dirancang dengan teliti, sistematik dan mematuhi dasar semasa
        Kerajaan;

(ii) Memantau perolehan yang dilaksanakan dengan lebih telus bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran, kelewatan , penyelewengan, salah guna kuasa dan perolehan di luar aturan termasuk menyelia semua pihak yang terlibat dalam perolehan Universiti menandatangani dokumen Integrity Pact

(iii) Mengurus dan mengawalselia pentadbiran kontrak agar mematuhi peraturan perolehan yang
 berkuatkuasa;

(iv) Membuat laporan perolehan dengan tepat dan terkini.


FUNGSI /
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN: 

Bahagian Perolehan bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi berikut :-

  1. Mengurus perancangan perolehan tahunan Universiti;
  2. Mengurus pendaftaran dan kemaskini maklumat pembekal;
  3. Mengurus Penyediaan Pesanan Tempatan
  4. Mengurus Perolehan Secara Tender/Sebutharga/Ebidding/Rundingan Terus
  5. Mengurus Sekretariat Jawatankuasa Sebutharga Universiti/Lembaga Tender/
  6. Jawatankuasa Rundingan Harga/ Jawatankuasa Pra Kelayakan E-bidding
  7. Mengurus Pentadbiran Kontrak
  8. Mengurus Perolehan Bagi MTO+ KWIBK
  9. Mengurus Penyediaan Perjanjian Kontrak
  10. Mengurus Bayaran Pendahuluan Projek
  11. Mengurus Pembiayaan/Factoring
  12. Mengurus Penyediaan Laporan Berkala Berkaitan Perolehan

Bahagian Perolehan menyediakan perkhidmatan berikut:

(i)     Perkhidmatan pendaftaran dan kemaskini maklumat pembekal

(ii)    Perkhidmatan khidmat nasihat pelaksanaan perolehan secara 
          Tender / Sebutharga / E-Bidding / rundingan Terus / Sebutharga B


  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
  • Sitemap                                                                                                           Last Updated   : 24 MEI 2019