Selamat Datang

 JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR

Edited Copy2

    Direktori2Crop     Doccrop1    Infogoggle7   Download3crop
  mailcrop3 
Direktori Staf    Borang      Informasi       FAQS        E-Mail

PENGENALAN :

Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari adalah bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan pelajar Universiti Malaysia Pahang dan berperanan dalam merancang serta melaksanakan dasar yang berkaitan dengan pengurusan kewangan pelajar berdasarkan polisi serta peraturan yang telah ditetapkan. Bahagian Kewangan Pelajar adalah antara bahagian yang penting dalam membantu mencapai visi, misi dan objektif Jabatan Bendahari dan seteruskan memangkin ke arah mencapai visi, misi dan objektif utama penubuhan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

OBJEKTIF :
1. Menguruskan hasil universiti dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan, perakaunan dan audit;

2. Menguruskan kutipan hutang / yuran pengajian pelajar mengikut peraturan dan masa yang telah ditetapkan.

FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:  

 1. Bertanggungjawab bagi pengeluaran inbois kepada setiap pelajar dan membuat tuntutan yuran
     kepada penaja;

2. Mengeluarkan nota kredit bagi penghutang pelajar

3. Mengeluarkan resit rasmi bagi semua kutipan yuran pelajar

4. Menguruskan bayaran Biasiswa / Pinjaman & bayaran berkaitan kepada pelajar

5. Mengesahkan yuran untuk urusan pengeluaran wang KWSP melalui prosedur
    skim pengeluaran pendidikan dan pengesahan yuran lain-lain penajaan;

6. Menyediakan penyata akaun penghutang pelajar ;

7. Pengurusan kawalan kredit';

8. Urusan penyediaan laporan berkala berkaitan tunggakan hutang
    pelajar serta laporan-laporan lain yang berkaitan.

  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
  • Sitemap                                                                                                           Last Updated   : 24 MEI 2019