JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

AHLI JAWATANKUASA  PORTAL RASMI JABATAN BENDAHARI      

Portal rasmi Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Pahang bagi tahun 2017 telah ditambahbaik dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu pada 01 Januari 2017 yang berperanan dalam mengemaskini segala maklumat yang dipaparkan dalam portal ini.

Dengan wujudnya portal ini, Jabatan Bendahari berharap agar dapat memberikan maklumat dan informasi yang berguna bagi semua pengguna yang terlibat.

Sesuai dengan matlamat bagi menyokong visi dan misi penubuhan Jabatan Bendahari, portal ini juga penting dalam penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan seperti fungsi dan peranan setiap bahagian yang ada di Jabatan Bendahari.

Dengan penyaluran maklumat kepada pengguna dengan pantas dan berkesan, ianya secara tidak langsung memangkin dan menyokong matlamat penubuhan Universiti Malaysia Pahang.


MISI / VISI

Misi

  • Menjadikan portal Jabatan Bendahari yang terbak ke arah penyampaian maklumat yang berkesan dan tepat dalam menyokong Misi penubuhan Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Pahang.

Visi  

  • Mengemaskini selaras dengan kehendak semasa.
  • Mengawal selia tahap penyampaian dalam memastikan maklumat dapat diakses oleh pengguna dengan tepat dan mudah.
  • Menjadikan Portal ini sebagai rujukan setempat bagi semua pengguan.

                                                                                                                                             Guide: For best view, please use Internet Explorer 10 and above with resolution 1280 x 800 pixel.
                                                                                                                                                                                                  Copyright © 2018 Universiti Malaysia Pahang. All right reserved.