Selamat Datang

 JABATAN BENDAHARI
"Perkhidmatan kewangan terbaik untuk semua" 

Frequently Asked Questions - Staf

FAQs - Staf

Maklumat staf


A :  Aset adalah barang tak luak yang nilai perolehan ialah RM 3,000.00 dan keatas. Harta benda kepunyaan dan milikan
      kerajaan yang dibeli atau disewa dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau secara
      perundangan.  Aset Alih iaitu aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, termasuk yang
      dibekal atau yang dipasang bersekali dengan bangunan.Jangkahayat melebihi 1 tahun dan memerlukan penyelenggaraan
      berjadual.  Inventori ialah peralatan yang tak luak yang menarik, jangkahayat 3 hingga 4 tahun. Harga asal perolehan
      tidak melebihi RM 3,000.00 dan tidak memerlukan penyelenggaraan secara berjadual.


A : Ya, semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabelkan pelekat barcode yang dicetak daripada
     sistem pelekat barkod. 


A : Ya , semua pergerakan aset bagi tujuan penempatan semula hendaklah direkodkan di dalam Borang Pergerakkan Harta (KEW PA 6) bagi
      memastikan lokasi semasa aset tersebut berada.


A :
a. Memastikan setiap aset mempunyai rekod yang lengkap, tepat dan betul.
    
b. Mengetahui keadaaan dan prestasi aset.
     c. Memastikan setiap aset berada di lokasi seperti yang telah didaftarkan.
    
d. Memastikan setiap pegawai bertanggungjawab sepenuhnya bagi aset yang           
        dipertanggungjawabkan keatasnya.


A :  
a. Mengisi permohonan pelupusan di Sistem IMS. 
        b. Mendapat pengesahan Ketua Jabatan di borang dan di Sistem IMS
        c. Kepilkan KEW PA 2 atau KEW PA 3 (aset yang hendak dilupuskan)
       
d. Hantar ke Unit Pengurusan Aset, Jabatan Bendahari. 


A : Dilupuskan kepada premis-premis pemerolehan kembali(e-waste) yang berdaftar dan tersenarai di Jabatan Alam Sekitar
     (negeri atau ibu pejabat). Harta dibawah kategori bekalan tidak memerlukan kelulusan oleh Pihak Berkuasa Melulus
     Pelupusan Harta. 


A: Kelulusan pelupusan diberikan untuk satu harta bukannya bagi bahagian/komponen tertentu. Sekiranya
    bahagian/komponen tertentu hendak digunakan semula, PTJ hendaklah menyatakan kaedah pelupusan secara tukar ganti
    (Cannibalize) semasa permohonan pelupusan dan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelupusan. Sekiranya harta
    didapati masih mempunyai nilai, harta akan didaftarkan kembali mengikut nilai semasa atau pada kadar RM1.00.


A : PTJ perlulah membuat permohonan pelupusan harta sepertimana pada prosedur pelupusan harta. Harta akan dicadangkan
       pelupusan secara trade-in oleh Jawatankuasa Pemeriksa sekiranya harga harta baharu setelah nilai trade-in diambilkira adalah
       lebih rendah jika dibandingkan nilai selenggara harta berkenaan. Tindakan trade-in boleh diambil apabila telah memperolehi
       kelulusan oleh Jawatankuasa Pelupusan.


A : a. Pegawai bertanggungjawab perlu melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan 
      b. Membuat laporan Polis dan laporan keselamatan dalam tempoh 24 jam

     
c. Ketua Jabatan melengkapkan KEW PA 28 (Laporan Awal Kehilangan)
     
d. Laporan Awal, salinan polis , laporan keselamatan dan dokumen-dokumen berkaitan        
          dihantar kepada pihak Urusetia Jawatankuasa Kehilangan & Kerosakan Harta Universiti
(JKKH).

a


A : Bayaran balik tidak akan memberi kesan kepada prestasi, peluang kenaikan pangkat, berkursus dan sebagainya ke
     atas seseorang pegawai kerana ia bukan merupakan tindakan tatatertib. Tujuan direkodkan adalah bagi memastikan
     pegawai tidak melakukan kesalahan yang sama berulangkali dan jika berulang kali dilakukan maka tindakan yang lebih
     tegas boleh dikenakan ke atas pegawai yang terlibat berdasarkan rekod dalam Buku Perkhidmatan.

  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
  • Sitemap                                                                                                           Last Updated   : 2 Ogos 2019