Team Working & Communication (TWC) & Kem Ibadah Jabatan Bendahari

  Pic 3

KUANTAN, 6 Oktober 2017 - Seramai 81 staf Jabatan Bendahari terlibat dalam Program Team Working & Communication  (TWC) & Kem Ibadah yang diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Program berkonsepkan teambuilding  selama 3 hari 2 malam ini telah dijalankan pada 6 sehingga 8 Oktober 2017.

Memahami bahawa pembentukan pasukan yang cemerlang menjadi fokus utama universiti dalam mendepani cabaran halatuju dan matlamat organisasi dengan tuntutan pendidikan tinggi masa kini, program ini telah dirangka dengan meletakkan Nilai Teras UMP sebagai tunjang kepada pembentukan nilai inividu dan pasukan. Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama dari  konsultan yang dilantik, iaitu Encik khairul Anuar Safiullah daripada  Coach BigDaddy  bagi memastikan pasukan yang berprestasi tinggi dapat dibentuk dengan penyampaian modul-modul yang bersesuaian.

Objektif utama program TWC & Kem Ibadah ini adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama dan hubungan yang kuat dengan Pencipta  di kalangan staf Jabatan Bendahari di samping untuk memahami kepentingan dalam penyampaian dan penyelesaian tugas yang diamanahkan. Metodologi yang digunakan oleh konsultan adalah ceramah, permainan dan aktiviti berkumpulan. Metodologi ini dapat membantu peserta dalam kepentingan mempunyai sikap bekerjasama, mengharmonikan staf Jabatan Bendahari yang terdiri daripada pelbagai skim dan gred yang berbeza serta mencetuskan pemikiran inovatif kepada semua staf dalam membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Komitmen peserta dari Jabatan Bendahari turut dipuji sepanjang tiga hari program berlangsung kerana perlu berjauhan dari keluarga pada hujung minggu. Diharapkan semua peserta mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.

Disediakan oleh  : Azslinda Ibrahim

Cetak