SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PADA 1 DISEMBER 2017 / 1439H

Pic.2SaizUpdated

KUANTAN, 1 Disember 2017 - Seramai 680 perserta membabitkan 21 kontijen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, agensi bukan kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Universiti Malaysia Pahang telah diwakili oleh Jabatan Bendahari dan Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan penyertaan seramai 46 orang staf. Perarakan turut disertai oleh Kontijen dari Yayasan Pahang, Kontijen Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Kontijen PDRM, kontijen Telekom Malaysia, Kontijen KEMAS, kontijen DPMM Negeri Pahang, Kontijen Penjara Penor, Kontijen TLDM, Kontijen Pejabat SUK, kontijen TNB , Kontijen TUDM, Kontijen WIDAD Education, Kontijen Bomba, Kontijen 4 BGD (MEK), Kontijen MUIP, Kontijen KUIPSAS, Kontijen Masjid UIAM Kuantan, Kontijen Jabatan Pendidikan Negeri Pahang , Kontijen Pusat Islam Politeknik Sultan Ahmad Shah dan Kontijen Imigresen Malaysia Negeri Pahang.

Pic.1SaizUpdated  IMG 20171201 WA0154

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang,Dato‚ÄôSeri Adnan Bin Yaakob dan Isteri, Orang kaya Indera Pahlawan, Exco-exco dan Adun. Selain daripada itu, YH. Profesor Dato'  Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta Pengarah PIMPIN, Dr. Mahyuddin Bin Ismail juga turut serta dalam perarakan tersebut bersama staf UMP.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini yang bertemakan 'Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara"" telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bagi mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan bertempat di Masjid Sultan Ahmad  1 Kuantan.

Perarakan perserta diketuai oleh Kontijen Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan berarak sejauh 1KM bermula jam 8.30 pagi. Perarakan bermula dari perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan melalui Jalan Masjid dan Jalan Ubi serta Jalan Mahkota  sehingga masuk semula ke perkarangan Masjid Ahmad Shah sambil mengalunkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Pada majlis berkenaan turut diadakan Majlis Pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1439 Hijrah/2017 Masihi. Anugerah tersebut melibatkan 5 orang penerima. Majlis seterusnya disambung dengan ceramah agama dan persembahan nasyid, bacaan selawat serta puisi. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.

Disediakan oleh : Azslinda Ibrahim

                                                    

Cetak