Jabatan Bendahari Menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaysia Pahang (UMP) 1439H/2017


Untuk Berita 2017

PEKAN, 19 Disember 2017- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat  Universiti Malaysia Pahang (UMP) 1439H/2017 telah dianjurkan oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP  berlangsung di Dataran Pusat Aktiviti Pelajar UMP Pekan.

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan "'Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara"" diadakan bagi memperingati hari keputeraaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam. 

Turut diadakan pada majlis berkenaan adalah Pertandingan Perarakan melibatkan 23  Kontijen yang dianggotai seramai lebih dari 660 orang peserta terdiri daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ ) dan Fakulti. Antara PTJ yang terlibat adalah Pejabat Naib Canselor, Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Bio Aromatik serta anak syarikat UMP iaitu UMP Advanced Education dan UMP Holding.  

Perarakan pada jam 9.30 pagi  itu bermula dari dataran mengelilingi Pusat Aktiviti Pelajar sambil mengalunkan selawat dan memuji junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Jabatan Bendahari telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan perarakan tersebut dan telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700. Manakala naib johan telah dimenangi oleh Jabatan Pendaftar dan tempat ketiga dimenangi oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi UMP. Hadiah bagi naib johan dan tempat ketiga adalah masing-masing wang tunai berjumlah RM500 dan RM300.

  UMP7384 Berita 20172  Berita03

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMP 1439H telah dirasmikan oleh YH. Prof. Dato' Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor UMP di Dataran Pusat Aktiviti Pelajar Universiti Malaysia Pahang Pekan. Turut hadir pada majlis  berkenaan adalah YH. Prof. Dato' Ts. Dr. Rosli Bin Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) , YH. Prof. Dato' Dr. Mashitah Binti Mohd. Yusoff , Timbalan Naib Canselor  (Penyelidkan & Inovasi ) dan YH. Prof. Dato' Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Ustaz Hafiz Bin Mansor, Eksekutif Kanan Jabatan Syariah Dan Pematuhan Halal QSR Brands Sdn. Bhd. juga Panelis Radio IKIM bagi slot "Penawar Bagi Hati" dijemput sebagai penceramah jemputan sebelum majlis berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi para pemenang dan saguhati.

 
Disediakan oleh : Azslinda Ibrahim

Cetak